Guangzhou2010 Links
Thursday, August 25, 2011
Friday, December 17, 2010
‘Peluang pertahan emas’
Skuasy, bowling, wushu dapat ‘lampu hijau’ ke Incheon
MALAYSIA menerima khabar gembira dari Oman apabila tiga sukan - skuasy, bowling dan wushu - yang menyumbang enam daripada sembilan pingat emas kepada kontinjen negara di Sukan Asia Guangzhou 2010 kekal dipertandingkan di Incheon 2014.
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA) dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) di Muscat, baru-baru ini yang menyaksikan bola lisut digugurkan. Ini bagi membolehkan dua sukan - kriket dan karate - yang tidak disenaraikan dalam senarai tujuh sukan bukan Olimpik pada peringkat awal oleh IAGOC, dimasukkan dan dipertandingkan pada temasya itu.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata keputusan itu bermakna 36 sukan akan dipertandingkan pada temasya edisi ke-17 itu - 28 sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan lapan sukan bukan Olimpik.
“Kita mengalu-alukan keputusan OCA dan IAGOC itu kerana ketiga-tiga acara berkenaan (wushu, bowling dan skuasy) adalah sumber kekuatan kontinjen negara kerana konsisten dalam menyumbang emas,” katanya semalam selepas majlis penyampaian Skim Persaraan Atlit MOM-Carlsberg kepada pemenang emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Sukan Asia Guangzhou 2010 di Wisma MOM yang turut dihadiri Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.
MALAYSIA menerima khabar gembira dari Oman apabila tiga sukan - skuasy, bowling dan wushu - yang menyumbang enam daripada sembilan pingat emas kepada kontinjen negara di Sukan Asia Guangzhou 2010 kekal dipertandingkan di Incheon 2014.
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA) dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) di Muscat, baru-baru ini yang menyaksikan bola lisut digugurkan.
Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata keputusan itu bermakna 36 sukan akan dipertandingkan pada temasya edisi ke-17 itu - 28 sukan yang dipertandingkan di Olimpik dan lapan sukan bukan Olimpik.
“Kita mengalu-alukan keputusan OCA dan IAGOC itu kerana ketiga-tiga acara berkenaan (wushu, bowling dan skuasy) adalah sumber kekuatan kontinjen negara kerana konsisten dalam menyumbang emas,” katanya semalam selepas majlis penyampaian Skim Persaraan Atlit MOM-Carlsberg kepada pemenang emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Sukan Asia Guangzhou 2010 di Wisma MOM yang turut dihadiri Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.
Friday, December 10, 2010
Sad state of athletics
BRUSHING shoulders with the ‘Flying Doc’ Tan Sri Dr Mani Jegathesan at the recent Asian Games in Guangzhou evoked mixed feelings about Malaysian sports.
It felt good standing beside the man who sprinted to the country’s first-ever Asian Games gold medal – in the 200m – at the 1962 Jakarta Asiad. (In the 1966 Bangkok Asiad, he won the 100m, 200m and 4x100m gold medals.)
It was also a thrill to be in his company to witness Malaysia’s current generation of athletes achieve their best-ever outing of nine gold medals in Guangzhou.
Below the bar: Pole vaulter Roslinda Samsu is one of the Malaysian athletes who failed to shine at the recent Asian Games in Guangzhou. But his presence also exposed a harsh reality – Malaysian athletics is down in the doldrums.
In his day, Malaysian athletics was the pride of the nation, as were many other sports like football and badminton.
There were other track and field gems too, like Datuk M. Rajamani, Rabuan Pit, Ishtiaq Mubarak and Zaiton Othman, just to mention a few.
Malaysian athletics then was able to replace fading and aging stars with young and bright talent.
While Jegathesan has gone on to earn the status of a respected sports figure in the Asian region, the current athletics scene in the country has only gone downhill.
It felt good standing beside the man who sprinted to the country’s first-ever Asian Games gold medal – in the 200m – at the 1962 Jakarta Asiad. (In the 1966 Bangkok Asiad, he won the 100m, 200m and 4x100m gold medals.)
It was also a thrill to be in his company to witness Malaysia’s current generation of athletes achieve their best-ever outing of nine gold medals in Guangzhou.
Below the bar: Pole vaulter Roslinda Samsu is one of the Malaysian athletes who failed to shine at the recent Asian Games in Guangzhou.In his day, Malaysian athletics was the pride of the nation, as were many other sports like football and badminton.
There were other track and field gems too, like Datuk M. Rajamani, Rabuan Pit, Ishtiaq Mubarak and Zaiton Othman, just to mention a few.
Malaysian athletics then was able to replace fading and aging stars with young and bright talent.
While Jegathesan has gone on to earn the status of a respected sports figure in the Asian region, the current athletics scene in the country has only gone downhill.
Tuesday, November 30, 2010
Karate: Puvaneswaran Retires, Plans Coaching Career
SEPANG, Nov 29 (Bernama) -- National karate exponent R. Puvaneswaran announced his retirement from the sport today after achieving his dream of winning the gold at the just-concluded 16th Asian Games in Guangzhou, China.
Puvaneswaran, who won the gold in the men's under-55kg kumite, said he would take a long rest with his family prior to starting a career as a coach.
He said he had worked very hard during the last four years with the sole aim of winning the gold in Guangzhou after failing to do so in Doha, Qatar in 2005.
"I need sufficient rest to recover from the mental exhaustion since the past four years. I also need to spend more time with the family," he told reporters at KL International Airport on arrival from Guangzhou where family members awaited his home-coming.
Puvaneswaran, 36, had voiced out intention to retire from the sport while taking part at the Laos SEA Games last year.
He hoped to be able to help train more karate athletes for international competitions when he became a coach.
Puvaneswaran had taken part in five consecutive Asian Games since 1994.
He won the bronze in Hiroshima in 1994, gold in Busan in 2002 and silver in Doha.
He was disqualified in the second round at the Bangkok 1998 Games after committing a foul.

Monday, November 29, 2010
Malaysia tak boleh dabik dada
JUTAAN ringgit sudah dibelanjakan dan banyak lagi bakal dibelanjakan. Sukan Asia Guangzhou mungkin pencapaian terbaik kontinjen negara tapi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan semua pihak terbabit perlu menganalisis apakah pencapaian 9 emas, 18 perak, 14 gangsa setimpal dengan pelaburan yang dilakukan. Hakikatnya, kecuali hoki, skuasy, bola sepak, berbasikal, terjun, majoriti sukan Malaysia terlalu bergantung kepada mereka yang digelar kelompok senior.
BOLA SEPAK
JIKA mengambil kira krisis kecederaan pemain melanda skuad bola sepak negara sebelum dan ketika bertanding di Sukan Asia, kejayaan melangkah ke pusingan kedua dalam tempoh 32 tahun wajar mendapat pujian
Tanpa enam tonggak utama diketepikan sebelum ke Guangzhou, jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertambah pening apabila kapten Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani pula mengalami kecederaan ketika Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama kumpulan A.
Walaupun kekalahan Iran 1-3 pada pusingan kedua paling mengecewakan namun aksi menentang tuan rumah, China mungkin menjadi detik paling menarik untuk dikenang peminat negara apabila pengadil perlawanan Ben Williams dari Australia melayangkan tiga kad merah kepada pemain Malaysia.
Skuad negara yang dibarisi ramai pemain kurang berpengalaman termasuk tujuh pemain Harimau Muda tumpas 0-3 pada perlawanan itu dan kalah 0-2 kepada Jepun yang muncul juara kejohanan dalam satu lagi perlawanan peringkat kumpulan.
Dengan aksi yang dipamerkan di Sukan Asia sememangnya tidak keterlaluan jika mengatakan skuad yang dibentuk K Rajagobal selepas memenangi Sukan Sea tahun lalu semakin menampakkan peningkatan namun mereka tidak boleh leka kerana pentas Piala AFF bulan depan menjadi ukuran sebenar kemampuan.
OLAHRAGA
TANPA sasaran diletakkan, atlet olahraga negara pulang dari Guangzhou dengan tangan kosong. Harapan terbaik merangkul pingat disandarkan kepada jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei (gambar) namun dia hanya berupaya melakukan lompatan 2.15 meter di final untuk menduduki tempat kesembilan daripada 12 peserta.
Ia pencapaian lebih buruk dicatat pemegang rekod kebangsaan 2.27m itu yang meraih tempat ketujuh di Doha pada 2006.
Satu lagi harapan musnah selepas ratu lompat bergalah, Roslinda Samsu gagal mengulangi pencapaian pingat perak empat tahun lalu apabila hanya menduduki tangga keempat dengan melepasi ketinggian 4m. sedangkan rekod kebangsaan miliknya 4.40m.
Sementara pelari senior, Noraseela Mohd Khalid yang menghabiskan hampir sepanjang masanya tahun ini untuk pulih daripada kecederaan nyata tidak berdaya dan berjaya ke peringkat akhir adalah yang terbaik boleh dilakukan.
Bagaimanapun pencapaian buruk atlet olahraga di Sukan Asia berbanding satu perak dan satu gangsa pada edisi sebelum ini bukanlah menghairankan memandangkan sukan ini lebih terkenal dengan kontroversi yang sering melanda Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
EKUESTRIAN
PENAMPILAN Quzandria Nur Mahamad Fathil di Sukan Asia kali ini berjaya merangkul satu pingat perak acara ekuestrian dressage individu serta membantu pasukan dressage campuran meraih gangsa.
Malah dia yang menunggang kuda diberi nama 'Handsome' berjaya mengatasi kehebatan abangnya, Qabil Ambak yang meraih gangsa dalam acara ekuestrian dressage individu.
Sekalipun skuad ekuestrian negara gagal meraih emas, pencapaian satu perak dan dua gangsa skuad sekurang-kurangnya dapat mengulangi rekod empat tahun lalu di Doha.
BOLA TAMPAR PANTAI
GANDINGAN Luk Teck Hua dan Beh Shun Thing tetap boleh berbangga apabila berjaya melakar sejarah menjadi pasangan pertama bola tampar pantai wanita mara ke separuh akhir buat julung kali di pentas Sukan Asia namun dihalang gandingan tuan rumah China, Huang Ying-Yue Yuan dengan keputusan 7-21, 13-21.
Aksi Teck Hua dan Shun Ting kemudian longlai dalam penentuan gangsa selepas tumpas kepada wakil Thailand namun sekurang-kurangnya keputusan yang mereka capai lebih bagus berbanding pasangan lelaki, Rafi Asruki Nordin dan Khoo Chong Long yang kecundang di pusingan suku akhir.
MEMANAH
NASIB skuad memanah kebangsaan di dalam Program Road To London 2012 kini bagaikan 'telur di hujung tanduk' selepas kegagalan meraih sebagai pingat dan mempamerkan persembahan membanggakan sama ada di dalam acara individu mahupun berpasukan.
Acara berpasukan yang disasarkan Persatuan Kebangsaan Memanah Malaysia (NAAM) untuk meraih sekurang-kurangnya satu kilauan pingat gagal direalisasikan apabila trio recurve yang dibarisi oleh Cheng Chu Sian, Izuddin Abd Rahim dan Arif Farhan Ibrahim Putra terkandas di suku akhir kepada China.
Kegagalan itu menyebabkan hanya memanah di kalangan empat sukan di dalam program yang bernilai jutaan ringgit itu gagal memberikan sebarang pingat ke kontinjen negara kerana tiga acara lain iaitu berbasikal, badminton dan terjun berjaya meraih pingat sekurang-kurangnya gangsa.
RAGBI
SELEPAS diaibkan pada Sukan Komanwel pada Oktober lalu, skuad ragbi kebangsaan berjaya mengubat sedikit kemaluan itu apabila mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum cabaran mereka ditamatkan oleh Korea Selatan.
Namun mereka menebus kehampaan apabila menjadi pasukan kelima terbaik Asia selepas menewaskan Sri Lanka, 27-7 dan India, 38-5 dalam perebutan posisi kelima hingga kelapan.
Skuad ragbi kebangsaan yang dibarisi pemain berumur dari 18 hingga 21 tahun jelas mempunyai mempunyai masa depan cerah berdasarkan kejayaan menewaskan Thailand yang memenangi pingat emas di Sukan Sea di Korat pada 2007.
TINJU
BAK kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. Perkara itulah dilakukan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) yang tidak meletakkan sebarang sasaran meraih pingat kerana sedar saingan bertaraf dunia yang terpaksa diharungi.
Barisan peninju muda negara diketuai pemenang pingat emas Sukan SEA Laos, Mohd Farkhan Haron nyata memerlukan lebih banyak pendedahan dengan menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa.
Kali terakhir skuad tinju memenangi pingat melalui Adnan Jusoh pada 2002 dngan meraih gangsa. dan pencapaian itu nampaknya sukar untuk diulangi jika langkah drastik tidak diambil oleh PTAM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.
SEPAK TAKRAW
SEPERTI diramalkan Malaysia masih lagi pasukan kedua terbaik Asia di belakang musuh tradisi, Thailand apabila meraih dua pingat perak dalam acara berpasukan dan antara regu sekali gus mengesahkan kita masih setapak di belakang mereka.
Revolusi diharapkan dengan penubuhan skuad kebangsaan yang baru selepas kegagalan Sukan SEA nyata tidak menjadi malah Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail kini menanti detik sesuai mengotakan janji meletak jawatan selepas gagal meraih emas.
Corak permainan dan pendekatan yang berbeza perlu dikaji dengan mendalam bagi memastikan kita tidak kecewa pada Sukan SEA di Indonesia tahun depan berdepan Thailand, Vietnam dan Myanmar.
MENEMBAK
SELEPAS meraih dua emas di Sukan Komanwel pada Oktober lalu, skuad menembak hambar di Guangzhou apabila hanya meraih satu gangsa melalui Nur Suryani Mohamed Taibi dalam acara 10 meter air raifal individu wanita dan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) perlu lebih gigih menggilap potensi dimiliki atlet mereka.
Namun berdasarkan kepada aksi mereka pada dua temasya itu.
Mungkin sistem latihan, barisan jurulatih, pendedahan pertandingan, program pendedahan, peralatan dan pentadbiran memerlukan transformasi agar dapat melahirkan atlet yang benar-benar dapat bersaing di peringkat antarabangsa terutamanya menjelang Sukan Olimpik London.
BASIKAL
1 Emas 1 Perak
TAKTIK kotor digunakan oleh penganjur Sukan Asia Guangzhou merencatkan rencana skuad basikal negara untuk membawa pulang lebih banyak pingat.
Perubahan jadual saat akhir mengakibatkan pelumba harapan negara, Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada menyertai acara pecut berpasukan kerana perlu memberi tumpuan kepada acara kegemarannya keirin dan pecut 200m.
Namun apa dilakarkan Azizul bersama Josiah Ng membuktikan pelaburan negara dengan menghantar atlet berbasikal berkampung di Melbourne bukan sia-sia selepas cemerlang di Sukan Komanwel.
Aksi profesional Azizul yang berjaya mengatasi kekecewaan kegagalan di Komanwel apabila merangkul emas dalam keirin disamping Josiah untuk perak.
Azizul dan Josiah kini menjadi taruhan terbaik melakarkan sejarah meraih emas pertama di Sukan Olimpik yang berbaki kurang dua tahun.
TERJUN
4 Perak 5 Gangsa
MUNGKIN jika China tidak menjadi tuan rumah, skuad terjun negara berpeluang membawa pulang sekurang-kurang satu pingat emas.
Skuad terjun beraksi cemerlang kali ini memperbaiki pencapaian di Doha dengan empat perak, lima gangsa berbanding satu perak tiga gangsa empat tahun lalu.
Justeru memang wajar sukan ini tersenarai ke dalam program 'Road to London' berdasarkan kemampuan atlet menghasilkan pingat di temasya utama termasuk Kejohanan Dunia yang berlangsung di Itali selain keupayaan Pandalela Rinong menghadiahkan emas pertama di Sukan Komanwel, bulan lalu.
Pencapaian barisan penerjun seperti Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Oii tze Liang, Ng Yan Kee, Yoeh Ken Nee dan Jun Hoong Cheong adalah yang terbaik pernah dilakar penerjun negara di Sukan Asia.
Misi seterusnya barisan penerjun negara adalah di Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China, Julai tahun depan.
RENANG
KONTINJEN renang terdiri daripada 12 atlet negara pulang dengan tangan kosong tanpa ada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan.
Acara ini terus ketandusan perenang handalan selepas tamatnya era Alex Lim Keng Liat apabila hanya Danial Bego dan Chui Lai Kwan mampu mara ke saingan akhir sementara 10 lagi terkandas pada saingan awal.
Kali terakhir acara renang membuahkan pingat ketika di Busan, Korea pada 2002 menerusi Keng Liat dalam acara 100m kuak lentang.
Justeru Majlis Sukan Negara (MSN) perlu merancang strategi lebih utuh jika ingin menghasilkan perenang lebih berwibawa di masa hadapan kerana sudah pasti kita tidak mahu bergelar juara rantau Asia Tenggara.
HOKI
BUKAN tidak mahu menghamburkan pujian melangit kepada skuad hoki lelaki negara namun penamat yang mengecewakan pada pentas final mencacatkan segala cerita indah di Guangzhou.
Jika semangat juang tinggi ditunjukkan seperti menewaskan India di separuh akhir, pasti aksi final anak buah Stephen Van Huizen akan diingati selama-lamanya walaupun meraih pingat perak.
Bagaimanapun, hajat mahu meraih kilauan emas selain tiket automatik ke Sukan Olimpik dimusnahkan dengan aksi mengecewakan pemain negara pada aksi final sedangkan kedua-dua 'hadiah' itu sudah hampir terhidang di depan mata.
Apapun, dengan tidak diberi sebarang harapan untuk meraih pingat apatah lagi mara ke perlawanan akhir, Pencapaian anak buah Stephen itu sekurang-kurangnya dapat menebus aksi longlai pada Sukan Komanwel lalu.
Sementara untuk skuad wanita, ternyata mereka masih jauh ketinggalan dengan gergasi Asia lain seperti China dan Korea Selatan. Tewas empat kali berturut-turut menghancurkan sasaran untuk mara ke separuh akhir.
KARATE
KETIKA kem negara resah kemungkinan besar tidak mampu mencapai sasaran meraih sembilan pingat emas, Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran menyelamatkan keadaan apabila masing-masing meraih emas ketujuh dan kelapan negara menerusi acara kata serta kumite.
Jin keat pastinya paling mengejutkan kerana dia berjaya menamatkan dominasi Jepun sementara Puvansewaran menggunakan segala pengalamannya ketika menewaskan lawan pada aksi final sekali gus melakar cerita indah sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia karate.
Jamaliah Jamaluddin dan G Yamini pula ternyata sudah mempamerkan aksi terbaik sebelum tumbang di pentas final dan terpaksa berpuas hati dengan perak.
Tidak lupa Lim Lee Lee yang menyumbang gangsa menerusi acara kata sementara mereka yang gagal meraih sebarang pingat sebenarnya cuma kurang daripada segi pengalaman saja.
Jika dihitung, dua emas, dua perak dan satu gangsa yang dikutip di Guangzhou adalah pencapaian terbaik skuad karate negara sepanjang menyertai Sukan Asia. Itu juga yang dirumuskan jurulatih negara, P Arivalagan.
WUSHU
SEPERTI diramal, wushu tidak pernah mengecewakan apabila sekali lagi berjaya menyumbang sebutir pingat emas menerusi Chai Fong Ying yang beraksi pada acara taijiquan-taijijian seterusnya menyemarakkan semangat barisan atlet lain pada awal-awal saingan di Guangzhou.
Sejak dari awal, jurulatih kebangsaan, Yoong Thong Foong menyatakan Fong Ying adalah sandaran terbaik negara untuk meraih emas dan akhirnya atlet itu berjaya membuktikannya sekali gus mempertahankan pingat emas yang diraih empat tahun lalu di Doha.
Sementara Tai Cheau Xuen menyumbang gangsa menerusi acara nanquan-nandao. Bagaimanapun pencapaian di Guangzhou sebenarnya tidak dapat mengatasi kutipan pingat empat tahun lalu di Doha di mana ketika itu wushu menyumbang satu emas dan dua gangsa.
Apapun, pencapaian sukan wushu masih boleh dibanggakan.
PERAHU LAYAR
HADIR dengan barisan pelayar lebih ramai berbanding empat tahun lalu di Doha selain tiba lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di perairan Shanwei belum cukup untuk skuad perahu layar menuai emas di Guangzhou.
Mereka hanya meraih dua perak sumbangan Ahmad Khan dalam acara layar dinghy optimist lelaki serta gandingan Khairunnisa Afendy dan Norashikin Sayed (layar double handed dinghy 420 wanita) sementara Ku Zamil dan Mohamad Mazelan meraih gangsa menerusi acara layar double handed dinghy 420-lelaki.
Walaupun gagal menjelmakan kilauan emas, sekurang-kurangnya dua perak dan satu gangsa adalah pungutan pingat terbanyak di Sukan Asia yang pernah diraih oleh mereka berbanding masing-masing satu emas serta gangsa ketika empat tahun lalu di Doha.
TAEKWANDO
GAGAL mengutip sebarang pingat di Guangzhou apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai skuad taekwando negara selain kegagalan mutlak.
Sandaran terbaik yang diletakkan dibahu atlit berpengalaman, Elaine Teo berkecai apabila dia kecundang dalam pertembungan suku akhir kepada Chanapa Sonkham dari Thailand dalam kategori 49 kilogram.
SKUASY
3 emas 1 perak 2 gangsa
SASARAN sembilan emas di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China diselamatkan skuad skuasy negara selepas pasukan wanita yang diketuai Datuk Nicol David meraih pingat emas ke-sembilan Khamis lalu.
Sukan Asia 2010 buat kali pertama menawarkan empat pingat emas dalam sukan Skuasy, menyaksikan pasukan negara menang tiga daripadanya sekali gus menepati sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).
Paling cemerlang pastinya pemain wanita negara yang menepati ramalan dengan merangkul dua emas dalam acara perseorangan wanita menerusi pemain nombor satu dunia, Nicol dan acara berpasukan yang cemerlang mengatasi Hong Kong biarpun diberi tentangan sengit.
Kecemerlangan Nicol yang diberi tentangan sengit oleh Annie Au, ditambah kegigihan Low Wee Wern pada perlawanan kedua berpasukan membolehkan skuad wanita membalas dendam ke atas Hong Kong yang menewaskan pemain negara di separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia di Chennai, India Mei lalu.
Begitupun, pemain lelaki hanya mampu meraih satu emas menerusi Azlan Iskandar dalam perseorangan lelaki selepas pemain nombor satu lelaki negara itu gagal mengatasi lawan sama, Aamir Atlas Khan di final berpasukan.
BOWLING
2 emas 1 perak 1 gangsa
UMPAMA harapan kecundang, skuad bowling negara yang diharap menyumbang emas terbanyak di Sukan Asia 2010 berakhir dengan episod kegagalan.
Biarpun hanya tiga emas disasarkan kepada skuad bowling negara iaitu menyamai pencapaian di Doha empat tahun lalu, mereka ternyata gagal terutamanya skuad wanita yang hanya menyumbang satu gangsa.
Skuad lelaki menebus kehampaan empat tahun lalu yang hanya menang satu emas, dengan membawa pulang dua pingat emas kali ini menerusi Alex Liew dalam All Events dan beregu bersama Adrian Ang.
BADMINTON
2 perak
TIADA kekecewaan paling menghampakan apabila badminton gagal menyumbang sebarang emas di Sukan Asia ke-16, di Guangzhou, China.
Selepas satu emas di bawa pulang pada 2006 di Doha, badminton mula mendapat perhatian kerajaan dan disandarkan harapan membawa pulang pingat emas pertama Olimpik sejak 2008 lagi menerusi dua permata, Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam beregu lelaki.
Namun satu emas yang disasarkan gagal direalisasi. Chong Wei yang dihimpit pelbagai masalah kecederaan menjelang temasya kedua terbesar dunia itu ternyata tidak mampu menyaingi musuh tradisi, Lin Dan yang kebal di tempat sendiri biarpun juara Olimpik itu tidak berada di tahap terbaik.
Kien Keat-Boon Heong pula gagal mengulangi pencapaian empat tahun lalu apa tewas kepada pemenang pingat perak Doha, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia.
Namun lebih mengecewakan apabila skuad berpasukan lelaki tumpas awal kepada Thailand di peringkat suku akhir iaitu perlawanan pertama negara.
Jelas sekali kudrat Chong Wei yang dikatakan demam ketika itu ditagih, sambil pemain seperti Liew Darren dan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong belum boleh diharapkan ketika berdepan pasukan tidak ternama seperti Thailand.
Mungkin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu bertindak lebih agresif menaikkan nama pemain muda ketika 'Road to London 2012' hanya tinggal kurang dua tahun saja lagi.
GIMNASTIK
Sukar untuk menggambarkan kegembiraan walaupun gimnas senior negara, Elaine Koon dan Nur Hidayah Abdul Wahid berjaya meraih markah yang lebih baik berbanding peserta negara Asean yang lain dalam acara gimrama, dengan masing-masing berada di kedudukan ke-11 dan ke-12 saingan individu all-arounds pada penampilan pertama mereka di Sukan Asia.
Ini berikutan acara gimnastik artistik dilihat semakin tenggelam, apabila wakil tunggal lelaki dan wanita negara, Lum Wan Foong dan Tracie Ang hanya sekadar melangkah ke pusingan aparatus individu, berbanding pingat perak yang diraih bekas gimnas negara, Ng Shu Wai, di Doha empat tahun lalu.
Wan Fong, bagaimanapun tidak dapat meneruskan saingan akibat kecederaan, manakala Tracie pula menduduki tempat ketujuh dalam acara aparatus titian imbangan.
Di Sukan Komanwel, gimnastik artistik turut gagal menyumbang sebarang pingat, sebaliknya gimrama membuat kejutan menerusi Elaine yang muncul sebagai atlet terbaik sukan itu. Prestasi skuad gimrama di Sukan Asia membuka laungan awal Elaine dan Hidayah untuk ke Sukan Sea, di Indonesia tahun depan.
BILIARD
Pemain veteran Ibrahim Amir muncul sebagai bintang apabila menyumbang pingat perak dalam acara individu 8 bola pool.
Pencapaian Ibrahim dilabel sebagai yang terbaik disumbang kategori veteran memandangkan sukan ini tidak begitu didedahkan di kejohanan antarabangsa.
Empat tahun lalu, di Doha, Esther Kwan menyumbang satu perak dari acara individu 9 bola pool, tetapi di saingan kali ini dia gagal mengulang kejayaan sama.
Susulan itu, Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF), seharusnya memartabatkan lagi sukan ini dengan mengetengahkan lagi arena biliard dan snuker ke kejohanan peringkat dunia.
KRIKET
Skuad wanita dan lelaki seakan sekadar mengambil bahagian di Sukan Asia apabila masing-masing hanya mampu beraksi di dua saingan sebelum kecundang.
Susulan itu, prestasi hambar mereka seakan menepati sasaran yang tidak mengintai sebarang pingat berikutan sedia maklum cabaran hebat di Sukan Asia.
Skuad wanita tersingkir selepas tewas di tangan China dan Thailand yang dikatakan berpunca daripada saingan pasukan lawan jauh lebih muda serta bertenaga.
Berita gembira kemudian dibawa dari skuad lelaki, yang berjaya melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan China. Namun, tuah lebih memihak kepada Bangladesh yang mendominasi saingan seterusnya.

Sukan Asia juga penting: Zolkples
Tumpuan pasti pada Olimpik tapi pencapaian atlit di pentas lain tak diabai
PERDEBATAN hangat kini ialah hanya satu acara yang menyumbang pingat emas dalam Sukan Asia di Guangzhou - berbasikal trek - tersenarai sebagai disiplin dipertandingkan di Sukan Olimpik manakala baki lapan bukan dalam kategori berkenaan.
Daripada jumlah sembilan dikutip kontinjen negara, hanya acara berkenaan akan dipertandingkan di Olimpik dan pengkritik sudah mula menyoal apakah ia sehaluan dengan matlamat mengejar program ‘Road To London 2012’.
Chef de Mission, Datuk Zolkples Embong bagaimanapun pantas mempertahankan apabila berhujah 18 pingat perak dimenangi di Guangzhou juga bermakna kejayaan itu hanya memerlukan usaha yang lebih sedikit saja lagi untuk diperbaikinya pada masa akan datang.
“Sudah tentu kita memberi tumpuan kepada Olimpik, tetapi kita juga tidak boleh mengabaikan pencapaian atlit di peringkat antarabangsa yang lain. Selepas Olimpik, ada sukan lain termasuk Sukan Asia yang sama pentingnya,” katanya mengenai prestasi kontinjen negara sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Bagi program ‘Road To London 2012’ yang akan dikaji semula, Zolkples yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, mereka akan memilih acara sukan yang berpotensi seperti menembak dan terjun untuk ditambah ke dalam program berkenaan.
“Terlalu awal untuk saya komen tetapi kami akan pertimbangkan sukan lain yang berpotensi menghasilkan pingat untuk masuk dalam program,” katanya yang tidak menolak kemungkinan menyenaraikan hoki berdasarkan prestasi semasa skuad negara yang memenangi perak.
“Kita akan siapkan skuad hoki bagi persiapan ke kelayakan Olimpik selepas dua kali kita gagal layak iaitu semasa di Athens dan Beijing. Kita akan bantu semua aspek yang mereka perlukan.”
Daripada segi peruntukan kewangan, Zolkples berkata, peruntukan bagi persediaan negara masih rendah berbanding kuasa besar sukan seperti China, Thailand dan Iran
PERDEBATAN hangat kini ialah hanya satu acara yang menyumbang pingat emas dalam Sukan Asia di Guangzhou - berbasikal trek - tersenarai sebagai disiplin dipertandingkan di Sukan Olimpik manakala baki lapan bukan dalam kategori berkenaan.
Daripada jumlah sembilan dikutip kontinjen negara, hanya acara berkenaan akan dipertandingkan di Olimpik dan pengkritik sudah mula menyoal apakah ia sehaluan dengan matlamat mengejar program ‘Road To London 2012’.
“Sudah tentu kita memberi tumpuan kepada Olimpik, tetapi kita juga tidak boleh mengabaikan pencapaian atlit di peringkat antarabangsa yang lain. Selepas Olimpik, ada sukan lain termasuk Sukan Asia yang sama pentingnya,” katanya mengenai prestasi kontinjen negara sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Bagi program ‘Road To London 2012’ yang akan dikaji semula, Zolkples yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, mereka akan memilih acara sukan yang berpotensi seperti menembak dan terjun untuk ditambah ke dalam program berkenaan.
“Terlalu awal untuk saya komen tetapi kami akan pertimbangkan sukan lain yang berpotensi menghasilkan pingat untuk masuk dalam program,” katanya yang tidak menolak kemungkinan menyenaraikan hoki berdasarkan prestasi semasa skuad negara yang memenangi perak.
“Kita akan siapkan skuad hoki bagi persiapan ke kelayakan Olimpik selepas dua kali kita gagal layak iaitu semasa di Athens dan Beijing. Kita akan bantu semua aspek yang mereka perlukan.”
Daripada segi peruntukan kewangan, Zolkples berkata, peruntukan bagi persediaan negara masih rendah berbanding kuasa besar sukan seperti China, Thailand dan Iran
Pro & Kontra: Syabas, sekalung tahniah buat kontinjen negara
SEBAGAI rakyat Malaysia, saya turut bangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian kontinjen negara di Sukan Asia yang pulang membawa pungutan sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa dari Guangzhou.
Saya turut berada di sana ketika berlangsung sukan terbesar benua itu dan melihat sendiri keriangan rakyat di bandaraya berkenaan, menyambut ketibaan pengunjung asing.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia dan penggiat sukan, saya menyokong penuh sebarang usaha kerajaan menjadi tuan rumah Sukan Asia 2023.
Justeru, tidak hairan, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri mahu Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.
Penganjuran perlumbaan Formula Satu di Litar Sepang juga berjaya menarik ramai pelancong ke Malaysia. Industri sukan, kini memberi pulangan besar, seperti hak siaran langsung stesen televisyen.
Ketika di Guangzhou, saya melihat sendiri peniaga dan penjaja mengambil kesempatan menambahkan pendapatan mereka dengan kehadiran ramai pegawai dan atlit yang membeli belah.
Bayangkan jagung rebus dan buah berangan goreng yang dijual di tepi-tepi jalan juga laris, manusia penuh sesak di pasaraya, ditambah dengan kehadiran ramai rakyat asing yang berbelanja
Surprise, surprise
MALAYSIA recorded their best-ever showing in the Asian Games in the 16th edition in Guangzhou with a haul of 9-18-14. There were thrills and spills.
Some made heads turn in team events. There were outstanding individuals while some were just a big letdown. STARSPORT play back some of those moments in Guangzhou.
> MEN’S TEAM HOCKEY
NO one gave the team a ghost of a chance after their failures in the Commonwealth Games last month. At the Delhi Games, Malaysia finished eighth in the 10-team competition with just one win in five matches.
But Malaysia, who are ranked fifth in Asia, defied the odds and made it to the final for the first time since the inaugural Asiad in New Delhi in 1951.
They scored a famous win over India in the semi-finals.
Malaysia were 2-3 down with three minutes left on the clock but salvaged the match and went on to score a golden goal.
They settled for the silver with a tame display in the final against Pakistan.
In the group matches, Malaysia drew 2-2 with defending champions South Korea and eliminated China from the medal playoffs.
> MEN’S EIGHT-BALL POOL
THERE was little hope placed on the unknown set of Malaysian players from getting on the rostrum in the company of a star-studded cast, including Ding Junhui (China) and Marco Fu (Hong Kong) in snooker; the “Magician” Effren Reyes of the Philippines in pool; and Pankaj Advani of India in English billiards.
But one bubbly Malaysian, Ibrahim Amir ,made a name for himself by taking silver in the eight-ball pool event.
He made good on his third appearance in the Asian Games series.
Ibrahim crashed out in the second round in Busan (2002) and was a quarter-finalist in Doha (2006).
> MEN’S FOOTBALL
MALAYSIA didn’t get among the medals but earned some measure of respect by qualifying for the second round for the first time in 32 years.
With a depleted side because of injuries, they were expected to take the early flight home. After all, they had to deal with powerhouse Japan, who eventually won the gold medal, and China in a group which also had Kyrgyzstan.
But Malaysia advanced as one of the four best third-placed teams in a six-group preliminary competition. They edged Kyrgyzstan (2-1), lost to Japan (0-2) and China (0-3) and bowed out from the competition after going down to Iran (1-3) in the round of 16.
In the match against China, Malaysia were reduced to eight men due to some questionable decisions by referee Ben Williams of Australia.
Despite injury and suspension woes, Malaysia held on well for a goalless first half against Iran before losing out to their physically stronger opponents.

Kecewa olahraga pulang tangan kosong
![]() |
| Ahmad Shabery melihat pingat emas yang dimenangi oleh dua atlet negara dalam acara karate pada Sukan Asia XVI, Puvaneswaran (kanan) dan Ku Jin Keat ketika kedua-dua atlet negara itu tiba di KLIA, Sepang, semalam. |
SEPANG - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyeru satu pemulihan besar-besaran terhadap olahraga negara selepas melahirkan rasa kecewanya dengan kegagalan atlet olahraga membawa pulang sebarang pingat Sukan Asia XVI Guangzhou, yang berakhir kelmarin.
Katanya, hanya disebabkan kegagalan itu, kontinjen negara terpaksa berpuas hati untuk berada di belakang Thailand, yang lebih menyerlah dengan atlet olahraga mereka memintas Malaysia untuk bergelar yang terbaik di kalangan negara Asia Tenggara di Guangzhou.
"Prestasi olahraga kita mengecewakan dan satu pendekatan baru, rombakan, bedah siasat mahupun pemulihan segera perlu dibuat kerana maruah kita tercabar apabila Thailand memintas kita dalam pungutan pingat Sukan Asia menerusi sukan itu. Sepatutnya kitalah yang terbaik Asia Tenggara," katanya.
Beliau ditemui setibanya kontinjen negara yang diketuai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan skuad karate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini daripada Sukan Asia Guangzhou, semalam.
Ahmad Shabery berkata, beliau juga akan mengarahkan satu pembentangan keseluruhan laporan prestasi kontinjen negara dalam satu mesyuarat pengurusan MSN dalam masa terdekat bukan sahaja bagi Sukan Asia bahkan Sukan Komanwel Delhi, Oktober lalu.
"Umumnya saya berpuas hati dengan pencapaian mereka, tetapi kita perlu memikirkan bagaimana untuk menyiapkan atlet kita selepas ini malah sudah boleh melihat Sukan Asia 2014 apatah lagi mungkin ada sukan prospek pingat kita, tidak akan dipertandingkan lagi di Incheon.
"Kita juga mesti melihat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada satu dua sukan kerana Sukan Asia dan Komanwel Delhi lalu membuktikan bahawa kita cukup bertuah apabila sukan yang bukan dalam sasaran besar, berjaya membantu menampung kegagalan yang lain.
"Masih ada sukan yang tidak menjadi contohnya memanah kerana dulu disandarkan harapan besar, tetapi gagal ketika Komanwel dan Sukan SEA 2009.
''Kita akan kaji sama ada gugurkannya terus atau salurkan sahaja peruntukannya yang terhad itu kepada sukan menembak yang mampu bersaing dengan China di Guangzhou.
"Terjun juga membuahkan prestasi yang luar biasa walaupun ia banyak mengutip perak kerana pada temasya ini, sebarang pingat berkenaan masih seolah-olah sudah mencapai taraf Olimpik malah memandangkan kita dulu asyik bergantung kepada badminton sahaja," katanya.
Kita mungkin hilang banyak emas di Incheon
![]() |
| MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) dan Zolkples (dua dari kanan) menadah tangan mengaminkan doa di atas kejayaan kontinjen Malaysia pada Sukan Asia XVI sejurus tiba di KLIA, Sepang semalam. |
SEPANG - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong khuatir dengan kemungkinan dua sukan penyumbang lima pingat emas Malaysia pada Sukan Asia Guangzhou, skuasy dan boling tidak dipertandingkan dalam temasya itu di Incheon, empat tahun lagi.
"Di Incheon tugas kita mempertahankan sembilan emas yang dicapai di Guangzhou, lebih berat (bukan sahaja bagi sukan yang gagal menang emas), kerana ada desus-desas Incheon hanya mempertandingkan 28 jenis sukan, dengan tujuh sukan bukan Olimpik. Mungkin boling dan skuasy, jadi kita mungkin kehilangan lima emas.
"Walaupun keutamaan kita kepada sukan bertaraf Olimpik, kita tidak boleh abaikan sukan lain yang menunjukkan prestasi baik di peringkat antarabangsa.
"Malah bagi sukan bertaraf Olimpik sahaja di antara 18 perak Malaysia di Guangzhou, kita begitu hampir memenangi emas atau tewas tipis seperti dalam badminton, pelayaran dan ekuestrian," katanya.
Zolkples, ketua kontinjen negara ke Guangzhou yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam menambah: "Program Road To London 2012, bagi sukan berpotensi pingat akan diteruskan tetapi dengan beberapa kajian semula manakala sukan lain, kita akan sasarkan bagi jangka panjang iaitu 2016 dan 2020 dan seterusnya.
"Kita kini perlu jadi selektif, tidak boleh tumpu kesemua 28 jenis sukan Olimpik, kerana bakat sukan kita terhad, tetapi mana yang tidak menyerlah di Guangzhou, bakal menjejaskan kedudukannya dalam London 2012. Namun terjun dan menembak berpotensi untuk dibantu lagi," katanya.
Jelasnya, masih terlalu awal untuk menamakan hoki dan bola sepak ke program berkenaan, biarpun kedua-dua sukan berpasukan itu menunjukkan pencapaian membanggakan, dengan meraih pingat perak dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia Guangzhou dalam tempoh 32 tahun.
"Kalau kedua-duanya dipertimbangkan, mungkin ada sukan lain yang turut perlu dilihat. Bagi Program Road To London 2012, kita hanya tumpukan sukan yang berpotensi pingat Olimpik. Selepas ini kita kaji jika ada tanda bahawa skuad hoki negara mampu bersaing dengan negara bakal pemenang pingat, mungkin boleh.
"Bagi bola sepak, kalau mereka juara Piala Suzuki AFF (dengan sebahagian besar pemain skuad Sukan Asia), mungkin kita juga akan cuba tengok. Malah sejak menjuarai Sukan SEA, pasukan ini menunjukkan banyak peningkatan seperti mana di Guangzhou malah tanpa 10 pemain utama, masih boleh bersaing dengan pasukan handalan Asia," katanya.
Mengenai prestasi skuad sepak takraw di Guangzhou yang memanjangkan kemarau emas kepada dua dekad sehingga Incheon 2014, katanya: "Saya tidak salahkan sesiapa kerana saya juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di Guangzhou.
"Kami tetap bersama PSM, cuma kita perlu fikirkan apa yang lebih baik yang boleh dilakukan untuk pasukan negara. Kalau setakat kita buat seperti sekarang dengan latihan biasa, saya tidak fikir kita tidak boleh menandingi Thailand, mereka sudah banyak tahap ke depan.
"Selain mahu mengatasi Thailand, kita harus berhati-hati agar jangan ditewaskan pasukan seperti Jepun, Korea dan China atau Myanmar yang terbukti meningkat di Guangzhou," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)